Friday, May 05, 2006

solat subuh

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji
Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni
pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat
tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah
jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si
Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia
bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je
jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak
lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal
dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan
Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk
tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam
pertamanya tu.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak
tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah
untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si
Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk
mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat
jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah
dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik
berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang
lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat
sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang
berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat
subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.
Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si
Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat rasa-rasanya dah
cukup empat rakaat tadi."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si
Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya.
Rupanya si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh. Dia
tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home